Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Santai petang

Dalam perjalanan pulang ke kampung Wife : Abang, jam abang pakai ni berat la Husband : Jam berat , stethoscope berat , kasut berat , beg berat Wife : Aah la , dosa pun berat Husband : Ye la berat, 3/4 tu dah kena tanggung dosa isteri 😏 Wife : 😡 30 minit kemudian  Wife : Subhanallah Alhamdulillah (zikir) Husband : Dah ringan sikit bahu ni Wife : 😠 Bertambah sayang kat isteri ni 🤗

Hafiy : 4 bulan

Hafiy dah berapa bulan? Dah 4 bulannnnn Besar anak aku sorang ni. Pejam celik je,umur 4 bulan dah,sama dengan 1 posting Houseman. Saat anak membesar lah aku kena hargai dia setiap hari. Cium dia,belai dia, mandikan dia. Cewaaah Padahal Dila yang buatkan semua tu. Aku balik2 rumah, mandi then main dengan Hafiy sekejap je lepas tu terus hulur balik Hafiy kat mama dia 😂😂😂 Aku ni suka buli Hafiy.Gayakan baju pelik2. Campakkan dia dalam kolam mandi (swimming).Biasa la, bapak kan.Nak buat macam mana lagi.hehe Paling best bila tengok Hafiy kena potong rambut. Muka sedih je. Relax la Piy, baru lah kita serupa 😁 Happy Birthday 4 bulan 4/10/2017

Bro, aku MC

Bersawang dah blog aku ni. Macam aku ambil MC, tak datang buat kerja. Yeah right.MC / EL Since aku masuk general ward balik, perkataan ni yang aku hadap hari2. Mentang2 dalam 1 ward ada 20++ Houseman, mula lah ambil kesempatan.Bayangkan tengah sibuk2 review then member baru inform yang dia MC(bajet la) so kita la yang nak kena cover patient dia.Kalau betul2 MC takpe la, tak kisah pun,dah sakit kan.Nak buat macam mana. MC MC MC *gambar google* Tapi apa2 pun, tak effect pun pada aku.Kalau diorang tak datang kerja,aku @ someone akan buat kerja lebih sikit.So kan bertambah experience sebab dapat clerk lagi banyak kes dan treat lebih banyak patient. Pendek je nak cerita kali ni. Ibarat luahan hati kat blog 😁

Baby Rompers Jersey Cun Melecun

Sejak aku beli rompers jersey Man City, excited terlebih lak aku bila dapat baju tu.Cantik, cun harga pun tak mahal.Harga sekali dengan cetak nama & no tlagi.Takde caj tambahan. Aku try la tanya towkey, boleh tak nak jual kat member2, dia pun cakap ok, no problem.Aku pun apa lagi mintak la buat dropship. Jadi kalau kawan2 yang dah ada anak ni semua, peminat tegar EPL atau mana2 team bola sepak lagi, boleh la mesej aku. Siap dengan kalau kau beli 3, boleh dapat free postage lagi. Harga rm30 sahaja including print nama & no. Postage rm 8 SM / rm 12 SS. Fabrik baju >> Cotton tshirt , lembut Size : 0-6m ,6-12m , 12-18m Mana2 fan EPL yang nak hasut 😉 anak dia sokong team sama dengan bapak, boleh la beli untuk anak kesayangan Terus watsap aku > +60145229854 Direct ke watsap www.wasap.my/60145229854

What do you expect from first time father?

Hafiy sekarang berapa bulan? "2 bulan lebih dah" Sekejap je masa berlalu sebenarnya.Tak sangka anak aku dah masuk umur 2 bulan. Sepanjang masa ni, aku asyik bekerja je, pergi kerja pukul 7 pagi, balik 7 malam.Tapi bukan lah jadual kerja aku setiap hari macam tu. Biasa 3-4 hari je dalam seminggu. Selebihnya antara aku OFF , On Call & Post Call (7 malam -11 pagi).Jadinya waktu ni aku boleh la duduk dengan wife & Hafiy lama sikit.Especially waktu siang la, kalau tak waktu malam je nampak diorang ni. Tiap minggu mesti Hafiy jalan2 Risau Hafiy terperuk dekat rumah je.hehe Senang tak jadi bapak? Buat masa sekarang ni, boleh kata la yang jaga Hafiy ni senang je.Sebab apa? Sebab aku ada isteri yang full time housewife, jadinya kebanyakan kerja dila yang buat.Mandikan , susukan , bermain dan tidurkan Hafiy.Aku ni ibarat pelakon simpanan je 😂 Bila dila suruh buat kerja je, Mesti Hafiy kena buli. "Hafiy sumo" Tapi ada jugak masa yang Dila penat, so tu...

Hanif , seronok tak kerja?

Satu soalan , tapi korang akan dapat jawapan yang berbeza-beza daripada setiap orang. Ye la, sebab orang yang hadapi kerja tu lain2 kan Kalau kau hati kental, jawapan lain.Bagi yang hati lembik sikit 😋 jawapan lain pulak yang kau akan dapat. Kakak dan adik masuk OT yang sama. Sorang buat pembedahan,sorang sambut baby Sebenarnya kerja ni depends pada diri sendiri. If you enjoy working, you will feel happy all the time.Sebagai contoh aku bagi , waktu aku di posting neonates ni, mostly akan cakap tak best kerja di SCN (special care nursery) manakala segelintir yang lain akan cakap seronok. Aku pulak macam mana? Seronok, sebab kerja yang mencabar macam ni la yang aku suka.Lari ke OT & labour room setiap masa.Aku pun dapat ngelat dari tulis discharge summary 😎.Tu lah part paling bez. Ha 1 lagi, peluang untuk resucitate baby aku dapat jarang2 je.Sebab kes yang critical memang MO perlu attend atau baby yang lahir flat/tak bergerak perlu call bos terus. Intake HO bulan 9 ...

14 Penyakit Common Bayi Baru Lahir

Pejam celik , pejam celik Dah hampir 5 minggu aku kerja di posting neonate (bayi baru lahir - sebulan). Banyak penyakit yang aku baru discover.Ye lah, time student dulu tak berapa rajin sangat nak pergi jenguk2 baby dekat hospital. So hari ni aku nak kongsi sikit la beberapa common case yang aku jumpa. Abnormal tapi normal.Macam mana tu? Maksudnya penyakit tu abnormal, tapi common yang lama kelamaan akan resolve @ perlukan few intervention. Yang aku kongsi ni maybe ciput je, sebab baru sebulan kan, bukan 20-30 tahun kerja. 😆 1)Neonatal Jaundice (bayi kuning) Kebiasaan baby akan jaundice lepas 24jam lahir. Kalau within 24jam, tu pathological.So bahaya sikit. 2)Macrosomic baby (>4.5kg) Biasa kita akan panggil ni baby bam bam Mostly mak2 diabetis yang lahirkan baby ni 3)Erythema toxicum Setiap bahagian tubuh badan akan ada merah2. Akan resolve spontaneously 4)Positional CTEV Kaki bengkok sewaktu lahir (boleh adjust) Mak2 cuma perlu sentiasa u...

Aku dan Rumah Pertama - 2

Seperti yang dijanjikan, aku nak kongsikan step yang aku buat untuk dapatkan rumah pertama aku ni. Jika anda tidak baca post yang pertama Klik -->  Aku dan Rumah Pertama 1 Sekarang dah bulan 8, waktu aku start nak beli rumah tu bulan 2.Maksudnya aku baru 4 bulan kerja di HKL. Fresh grad la katakan, tapi biasanya mesti bank tak terima loan orang yang baru mula kerja ni. Bank Negara Malaysia **kepada orang yang tak kenal** (Gambar Google) So apa aku buat? First sekali aku sebenarnya dah plan awal. Sejak bulan pertama kerja aku dah mula apply credit card.Kenapa aku apply, sedangkan orang lain cakap yang CC ni boleh buat kita berhutang.Interest 10% sebulan.Pergh. #nerakawang.CC ni agenda yahudi, penyebab kebanyakan anak muda bangkrap. Memang la, apa yang orang sebut tu betul. Tapi hanya terkena pada orang yang tak pandai urus.Aku pakai kad tu limited tau. Guna time nak isi minyak je,cashback pun dapat.Selain tu, disebabkan kampung aku kat ipoh, ada jugak aku guna un...

Koleksi Gambar Hafiy

Baby yang lahir 4/6/2017 So tinggal berapa hari je lagi Hafiy nak cukup 2 bulan.Jadi apakata aku kongsikan la gambar Hafiy yang comel2 ni 😁 Asyik dengar Didi & Friends Kali ni watak utama Hafiy & Friends Hafiy ikut papa mama pergi kenduri best friend Universiti   Why so serius bro? Routine harian yang Hafiy paling suka ialah mandiii Katanya nak ganti Mr Bean lepas ni "Saya bersemangat nak pergi taman" '5 minit lepas masuk dalam kereta nak ke taman Papa , nape sikit sangat duit dalam akaun 😭   Nape pandang2 Nama saya syeikh Hafiy Saya berasal dari Egypt Hafiy suka borak dengan kawan2   Gambar Hafiy waktu kecik2 dulu Hafiy n nenek went for shopping Mama Hafiy suruh buat tummy time hari2 Kalau tak, nanti kena marah Bestnya birthday party Atok Gambar Dila bagi waktu aku Oncall pukul 3 pagi Mata Hafiy cerah lagi ha Lov u both Aku harap Hafiy membesar lagi. Last time timbang 5kg, ...