Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2017

Aku dan Rumah Pertama - 2

Seperti yang dijanjikan, aku nak kongsikan step yang aku buat untuk dapatkan rumah pertama aku ni. Jika anda tidak baca post yang pertama Klik -->  Aku dan Rumah Pertama 1 Sekarang dah bulan 8, waktu aku start nak beli rumah tu bulan 2.Maksudnya aku baru 4 bulan kerja di HKL. Fresh grad la katakan, tapi biasanya mesti bank tak terima loan orang yang baru mula kerja ni. Bank Negara Malaysia **kepada orang yang tak kenal** (Gambar Google) So apa aku buat? First sekali aku sebenarnya dah plan awal. Sejak bulan pertama kerja aku dah mula apply credit card.Kenapa aku apply, sedangkan orang lain cakap yang CC ni boleh buat kita berhutang.Interest 10% sebulan.Pergh. #nerakawang.CC ni agenda yahudi, penyebab kebanyakan anak muda bangkrap. Memang la, apa yang orang sebut tu betul. Tapi hanya terkena pada orang yang tak pandai urus.Aku pakai kad tu limited tau. Guna time nak isi minyak je,cashback pun dapat.Selain tu, disebabkan kampung aku kat ipoh, ada jugak aku guna un...

Koleksi Gambar Hafiy

Baby yang lahir 4/6/2017 So tinggal berapa hari je lagi Hafiy nak cukup 2 bulan.Jadi apakata aku kongsikan la gambar Hafiy yang comel2 ni 😁 Asyik dengar Didi & Friends Kali ni watak utama Hafiy & Friends Hafiy ikut papa mama pergi kenduri best friend Universiti   Why so serius bro? Routine harian yang Hafiy paling suka ialah mandiii Katanya nak ganti Mr Bean lepas ni "Saya bersemangat nak pergi taman" '5 minit lepas masuk dalam kereta nak ke taman Papa , nape sikit sangat duit dalam akaun 😭   Nape pandang2 Nama saya syeikh Hafiy Saya berasal dari Egypt Hafiy suka borak dengan kawan2   Gambar Hafiy waktu kecik2 dulu Hafiy n nenek went for shopping Mama Hafiy suruh buat tummy time hari2 Kalau tak, nanti kena marah Bestnya birthday party Atok Gambar Dila bagi waktu aku Oncall pukul 3 pagi Mata Hafiy cerah lagi ha Lov u both Aku harap Hafiy membesar lagi. Last time timbang 5kg, ...

Simpanan Si Anak Kecil

Abang-abang , akak-akak Post pendek ni khas kepada orang yang sudah melahirkan anak atau yang sudah kahwin dan plan untuk mendapat cahaya mata. Thank you papa, Hafiy dah kaya Simple je, tanya diri sendiri, kita ada masalah kewangan tak? TIADA, biarlah anak kita ni pun tiada jugak pada masa akan datang. YA, jangan biar anak kita merasa seperti apa yang kita hadapi sekarang. Apa yang aku cadangkan ni mudah sahaja. Sebaik sahaja anak lahir dan surat beranak pun dah siap, terus buka 2 akaun ni. Tabung Haji dan SSPNi Kedua-duanya sebagai tabung simpanan sehingga dia dah pandai berdikari dan juga sebagai tabung pendidikan. Kau nak anak kau ambil student loan? Kalau nak, biar la dia ambil loan ptptn nanti. Sebenarnya tak salah pun ambil student loan sebab aku sendiri pun ambil. Alhamdulillah dapat support aku belajar di Mesir selama 6 tahun. Aku rasa semua dah tahu kelebihan menyimpan di Tabung Haji. Antaranya ialah dividen tahunan anggaran 4% setahun dan juga berpeluan...

Pengorbanan seorang ibu

Mama tangguh kerja tau, Biar mama jaga Hafiy dulu. Rajin mama bawak hafiy jalan2 😊 Kalau ada orang yang berfikiran negatif, confirm ayat pertama yang diorang akan fikir "Belajar penat2 dapat Mumtaz ,  last2 nak jaga baby je " Ada ke yang fikir macam ni? Kalau ada meh ak nak piat sorang2. Ke aku sendiri yang fikir 😅 Apa2 pun, aku nak puji bini aku. Waktu Universiti dia boleh study sambil bawak baby dalam kandungan. Susah bai, aku pun tak boleh nak study kalau perut full, apatah lagi mengandung. Satu lagi, dia pulak berjauhan dengan aku.Egypt-Mesir , beratus ratus kilometer tau.Long distance relationship. Kawan2 dia je yang jadi peneman seharian dekat rumah, tapi semua kerja rumah dia still buat. Cuci dapur, sapu lantai,buang sampah.Pergh, aku tak boleh nak nilai pengorbanan yang dia dah buat. Mama ni nak jogging ke posing Kau nak tahu kelebihan dia tak? Selama aku kerja, ada je yang aku tak tahu dia boleh jawab.Padahal dah lama ...

Satu malam di SCN

"Weh Hanif, tolong ganti aku dekat OT, ak nak balik dah.Already 7 o'clock now" "Ok no problem" Aku baru je jejak kaki dekat hospital tepat pukul 7, terus dapat panggilan untuk attend baby lahir via EMLSCS. Pukul 7.10pm aku dah terpacak kat OT Selpiee luu! Macam tu la kehidupan dekat SCN/NICU , fill with adrenaline rush. Kau kena alert 24h and mesti setelkan kerja kau cepat2 review, take blood,asses baby, carry out plan, emergency, kalau tak satu apa pun tak siap. Alhamdulillah malam tadi aku dapat good call. Tak sejonah macam apa yang member aku kena. Intubated , CPAP & etc. Baby aku semua born vigorous , crying , HR>100.So just dry and warm the baby + suction. Everything's fine boleh bagi baby ke mother terus. Nasib bail aku tak guna alat ni semalam. Neopuff : Equipment for recusitation Ada 1 kes patient somalia, kebetulan pulak dalam bilik OT tu, ada orang tau aku ni grad Egypt. Patient Somalia, anaest baru buat spinal anaesth...

Aku dan Rumah Pertama - 1

Genap 9 bulan aku bekerja sebagai doktor aka Houseman. Jangan tanya kenapa aku masih di posting ke 2 😤 First viewing bulan 2 hari tu. Rumah hantu ni lah rumah pertama aku Tapi kali ni aku bukan nak cerita berkenaan bidang kedoktoran pun tapi nak sentuh sikit bab hartanah/ rumah. Kalau ikut logik , bila sebut doktor , mesti kaya dan mampu beli rumah.Lagi2 rumah idaman, banglo 2 tingkat yang jalan 20m terus sampai tempat kerja. Haktuihhhh Bukan setakat rumah idaman, sebenarnya rumah pun takde niat nak beli lagi, even MO sekalipun. Ni bukan artikel untuk bongkak tau, tapi nak galakkan kawan2 semua mulakan niat nak beli rumah walaupun sebijik. Takkan nak beli 10 tahun akan datang, dah berapa juta agaknya untuk sebijik apartment. Rumah idaman orang muda sekarang Ada swimming pool siap Yang paling ramai semua sebut nak beli adalah kereta.Tak salah pun sebenarnya cuma kita yang tersalah beli kereta.Beli ikut kemampuan gaji kita sendiri, jangan berlebihan dan ja...

Doktor , baby dah asystole !!

Now I have finish my NRP Neonatal Resucitation Program Doktor , baby dah asystole tu!! Satu kursus yang aku mesti attend bukan setakat untuk dapat sijil, tapi untuk selamatkan baby2 yang akan baru lahir nanti. Kebiasaanya baby akan lahir normal, lahir2 terus menangis, merengek nak menyusu terus kat ibu.Tapi 1-10% dari semua baby je yang perlu doktor2 standby.Banyak ke 1%? Tak banyak pun sebenarnya.Baby lahir kat HKL ni setiap masa, maklumla labour room dekat 20++. Tapi yang tak stable dan masuk ke NICU sikit je. NRP ni yang first sekali memang cuak dan akan cepat panik especially first timer. Tapi biasa la manusia, first time for everything kan. Instrument yang perlu ada di meja Kalau korang tengok gambar dekat atas ni, semua ni aku kena make sure equipment complete.Daripada kain linen hingga la UVC set (umbilical catheterization set).Ye la, kita tak tahu complication yang akan jadi waktu tu, so prepare for the worst. Stimulation - Positive Pressure Ventilation -...

"Yea yea papa balik"

"Yea Yea papa balik" Aku harap ni la ungkapan hafiy bila aku balik ipoh untuk jumpa dia  & mama dia sekali. 😂 Papa serang hafiy!! Eh lupa nak salam bini 😅 Lepas seminggu tak jumpa, mama dia nak berpantang kat ipoh,terpaksa la aku berpisah. Gambar2 je yang boleh mengubat rindu, cewah~!! Ada la video call sekali, thank you whatsap dan juga internet. Sampai je rumah,apa lagi terkam la baby sorang ni sampai terlupa nak salam isteri. Rindu kat budak gemok ni sangat.huhu Time ni la baru perasan yang kulit muka hafiy ada bintik2 ruam/rashes. Mak cakap ruam susu je, so biar je la.Cuma sapu muka dia dengan tisu + air suam. Tapi yang masalahnya tak kurang2 rashes dia, siap bertambah nanah lagi. Apa2 pun, budak ni still steady. Doing normal routine sleeping & drinking Apa lagi, bawak la pergi klinik. Aku dah la tak bawak kereta pergi ipoh, naik bas je.So takde kereta nak bawak hafiy pergi klinik. Nasib la kereta abah tak rosak, tapi....... Terpaksa l...

Hafiy gemok ke?

Jeng jeng jeng Siapa budak gemuk ni?  Hafiyyyyy Bila tengok hafiy ni, risau pulak takut2 overweight ke, obese ke.Mana tak nye , menyusu tido, menyusu tido.huhu Berat lahir 3.28kg , lepas sebulan membesar dah jadi 4.5kg. Mula2 ingatkan memang betul obese, tapi bila tengok padagrowth chart peads , la normal je. Betul2 ikut graf dia.Hebat la hafiy ni. Apa la yang hafiy minum ni. Alhamdulillah setakat ni Hafiy exclusive breastfeeding.Ada la waktu lahir2 kena tahan dekat SCN kena minum susu formula guna cawan dulu.Dah pam susu tak bawak, macam mana nak bagi dia susu. Kes ni masih dikira exclusive breastfeed tau. Kenapa aku nak tegaskan pasal ni? Sebab waktu postnatal ward round, baby tu dah kurang berat badan.Susu maknye pulak tak banyak.Tapi bila nurse terpaksa topup sikit dengan susu formula terus sedih.Cakap dah tak exclusive la baby ni. Dey , kes macam ni jadi sebab masyarakat kita jugak yang suka compare each other. Mana tau ada ibu yang post dek...

Workload SCN / KK8 / PNW di HKL

Gambar dari google Genap 4 hari aku bekerja di SCN / Neonatal semasa posting peads ni.Walaupun NRP (neonatal rescusitation program) belum aku pergi sebab dijadualkan minggu hadapan, aku masih pergi juga attend baby di OT.Of course la sebagai assistant je.Ilmu takde, nanti mati anak orang. Cumanya yang pasti, setiap kali aku attend operation (EMLSCS) mesti kena call MO sebab baby limp , spo2 tak pickup , low Apgar score. Takde pulak yang nak keluar terus menangis.haha Selain sambut baby dekat OT, labour room pun kena pergi.Tapi yang ni aku tak sempat. Cuma asses baby yang dah lahir je.HO la yang buat decision antara baby ni hantar kepada ibu terus atau perlu pamtauan Peads dulu.Kalau complex case mesti la kena consult MO dulu. Satu lagi kami perlu jaga KK8 iaitu neonatal ward.Mostly baby kat sini admit sebab neonatal jaundice je.Nak cakap HKL ni busy sampai baby kena letak kat belakang nurse sebab tak cukup katil.Ada yang mak kena duduk kat kerusi je sebab takde katil. (B...

2 kerja dalam 1 masa

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang berdedikasi , aku ingin menyahut cabaran menteri dengan membuat 2,3 kerja dalam 1 masa. Perlu ke kerja banyak2? Struggle gitu bagai. Mesti la kena, lagi2 yang baru umur 20an, badan sihat walafiat. Sekarang ni zaman gawat, rakyat marhaen yang berpendapatan rendah dan sederhana mesti merasa. Plan untuk mulakan balik jual-beli rumah atau dipanggil REN secara part time. Before this dah buat kerja ni seblum jadi HO.Tak salah kan untuk buat balik & dapat side income sikit 😏 Harap dapat bekerja dengan baik. Nak sara anak bini dah sekarang.Bukan bujang senang lagi. Adios