Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

Papa, nak tengok animals!

Baru ni pergi melawat zoo negara. Mestibla sebab nak bagi Hafiy tengok binatang. Dia obses,  lagi2 elephant atau T-rex. Jadi apa lagi,  on je la Ni video bini aku buat.  Tak sangka apa yang dia rakam sikit2 pun boleh buat jadi menarik.  Thank you Mamapiy

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua umat Islam di atas muka bumi ni. Majoriti rakyat Malaysia ni mesti dah mula bekerja. Dah hadap monday blues. Yang jenis ambil MC pun ada. Betul tak? Meh nak kongsi sikit la gambar2 waktu raya Free style!! Kaku style Happy Birthday Hafiy I am 2 years old Beraya rumah bos mak mertua Kaya siakk My happy family

Keluarga Baru

Dah nak masuk bulan kedua aku di Kedah. Hospital baru ku, Hospital Sultanah Bahiyah. Berangkat ke sini seorang diri meninggalkan anak dan keluarga di Kuala Lumpur.  Macam berpuitis la pulak. Banyak benda aku belajar sejak 2 bulan ni. Sewaktu Houseman banyak procedure yang aku tak sempat buat.Jadi, waktu MO ni la kita cuba pulun habis. Femoral catheter Lumbar puncture Internal Jugular catheter Central line Pleural tapping Intubation Kenapa kena belajar procedure ni secepat mungkin? Sebab nanti hang oncall sorang2, siapa nak tolong. Takkan la nak call specialist sebab tak reti pasang catheter. Mau kena maki jawabnya. Haha Kepada HO yang terlampau konfiden, boleh je tanya MO. Doktor, nak buat boleh? InsyaAllah korang akan dapat. Tak percaya sudah

Apa yang best di Kedah

Dah genap 3 minggu aku menetap di Alor Setar ni. Best tak tinggal di tempat baru? Memandangkan kita kena jujur dengan diri sendiri, jadi aku pun akan bagi review yang betul la 😆 So far part aku paling suka kat sini ialah kos. Segala jenis kos tak kira barang,makanan dan lain-lain. Mana taknya cafe HKL dulu selalu habis rm7-rm8 untuk makan tengahhari sekali dengan air. Cafe HSB pulak aku selalu keluarkan duit dalam rm3-rm4 untuk makan tengahhari aku. Portion sama, harga je yang berlainan.Bukan dekat cafe je sebenarnya, kedai-kedai makan kat luar pun sama. Harga murah sikit je dar KL. Beza sikit je. Part ni no comment.hehe Selain tu, bab minyak kereta pulak. Sebelum ni rm50 seminggu waktu berada di KL. Ulang alik pergi kerja dan pergi kedai,banyak tu la biasa habis. Kat Kedah pulak rm50 boleh pakai 2 minggu 😎. Bonus : pergi HSB mana ada tol. Jadinya aku jimat la rm100 sebulan untuk pergi kerja sebelum ni. Ohh lupa 1 lagi bonus, perjalanan dari rumah aku ke tempat kerja cuma 5...

Permulaan di Hospital baru

Seperti yang dijanjikan aku nak bercerita sikit berkenaan hari lapor diri aku di kedah. First and foremost apa kena buat. Pastikan ada surat daripda HR hospital lama. Kalau takde,meroyan la korang balik hospital lama semula untuk ambil surat. Tak malu selfie dengan hospital Jadinya pagi-pagi dalam pukul 8 pagi tu aku dah bersiap untuk pergi ke JKN Kedah. Perjalanan cuma beberapa minit minit je. Maklum la, Kedah je bukan KL. Sampai-sampai je kat sana, tunjuk surat, isi borang.Siap.. Pegawai tu pun bagi la surat kepada Pengarah HSB. JKN Kedah.Tak susah pun nak cari Lepas tu drive la ke HSB. Pergi je kat HR, diorang bagi borang. Isi la borang yang tebal tu. HRMIS, pas keselamatan,gaji dan lain-lain. Ada satu borang tu kena tulis bidang yang diminati. Apa lagi, isi la Medical dan ED. Mati aku kalau dapat surgical,OnG dan benda yang aku tak minat langsung. Teruja tengok helikopter walaupun kat HKL pun ada Nama pun dipanggil untuk jumpa timbalan pengarah hospital. Mes...

Hafiy 1y10m

Dah besar anak aku sorang ni. Aku pun tak sangka laju je dia membesar. Betul la orang cakap, pejam celik pejam celik anak dah masuk Universiti 😂 Simpan gamba Hafiy dalam blog untuk koleksi Pelahap birthday kek nenek Besar kan baju dia 😅 Pantang dapat benda yang boleh conteng-conteng Latest gambar 25/3/2019 Since sekarang anak aku kat KL dan aku pulak di Kedah. Memang gamba hafiy & dila je la jadi pengubat rindu. Nasib zaman ni dah wujud videocall.Boleh jugak la borak.

Berpindah ke kampung Loqstaq!!

Hari ni sudah masuk hari ke 2 ak berada di Alor Setar atau dalam loghat kedahnya Loqstaq!! Kena ada tanda seru sebab memang orang sini cakap kuat sikit.haha So far aku seronok jugak kat sini. Jem tu memang takde.Tapi sebab dah biasa suasana KL, jadinya akward la sikit. Malam-malam dah gelap.Nasib baik cuti sekolah,meriah sikit kawasan ni. Aku bertolak 24/3/2019 (Ahad). Ini lah kali pertama aku drive jauh soramg-sorang. 450km beb. Sebelum ni at least ada la wife teman, boleh jadi tukang suap super ring. Tapi kali ni memang lone ranger. Sampai-sampai kedah dalam pukul 4pm, ronda-ronda dulu tempat kerja baru. Hospital Sultanah Bahiyah. Impressed la jugak sebab sebelum ni duduk di HKL.haikk😂. Sudah je jalan-jalan terus balik hotel ASRC. Dah booking 2 minggu lepas. Dapat la rate 50hengget sehari. Jimat. Tapi jangan la expect hotel 5 star pulak. Landing punggung 1 jam, terus keluar jumpa owner bilik sewa. Aku panggil dia Uncle Ooi. Uncle ni baik sangat. Nampak gaya humble dia wa...

My Second Wife is BEZZA

17 Feb 2019 Pada hari itu la, buat pertama kali aku membeli kereta. Kereta yang bagi aku berbaloi untuk aku beli. Cuma bagi geng-geng doktor lain akan berkata "Bezza je pun".huhu Asalnya aku cadang hanya nak survey sahaja pada setiap kedai. Dari area Batu Caves sampai ke Selayang. Kereta Bezza yang available ada seketul je. Of course la dekat kedai kereta terpakai. "Dah la Bezza, second hand pulak tu" Kenapa aku cakap berbaloi? Ini hanya pandangan peribadi sahaja. Aku hanya seorang doktor, bukan racer dan bukan juga mekanik. 1. Dalam geran kereta bertulis Dec 2017. Jadinya usia kereta tu baru sahaja berumur 1 tahun ~2bulan. Takdelah tua sangat kalau nak dibandingkan dengan rupa kereta tu masih berkilat lagi. Cun melecun tau. Dalam pun ada plastik yang belum bukak. 2. Milleage kereta baru sahaja ~11000km. Owner kereta ni buat kereta macam hiasan agaknya. Nak bawak jalan pun segan. Tapi based on towkey kedai, owner tak guna kereta ni sebab a...

What's Next?

Dah berkurun kerja, baru terasa nak menulis balik dalam blog ni. Bukannya tengah bersemangat, tapi sekadar mahu mencuba bakat je. Alhamdullah akhirnya aku dah habis Houseman setelah bertungkus lumus (bajet je) selama 2 tahun 4 bulan.Kenapa ada extra 4 bulan? 1 bulan memang aku kena extend sewaktu first posting, Remaining 3 bulan adalah disebabkan aku sendiri malas nak keluar daripada setiap posting tu. Nak bercuti lebih la katakan. Ke mana hala tuju aku selepas ni? InsyaAllah akan ke Kedah Dimana Kedah tu? Asalnya aku akan ditempatkan di langkawi. Tapi selepas pujuk rayu akhirnya aku dapat menukar penempatan ke HSB Alor Setar Jasinya 25/3/2019 adalah tarikh keramat aku untuk jejak ke hospital baru. Excited? Of course la ya dan tidak Ya disebabkan aku akan menghadapi cabaran baru. Dahulunya berkhidmat sebagai HO sahaja. Insan yang tidak mempunyai tanggungjawab. Bukanlah decision maker. Apabila MO nanti semua tanggungjawab akan diletakkan di atas bahu aku. Of course l...