Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2019

Permulaan di Hospital baru

Seperti yang dijanjikan aku nak bercerita sikit berkenaan hari lapor diri aku di kedah. First and foremost apa kena buat. Pastikan ada surat daripda HR hospital lama. Kalau takde,meroyan la korang balik hospital lama semula untuk ambil surat. Tak malu selfie dengan hospital Jadinya pagi-pagi dalam pukul 8 pagi tu aku dah bersiap untuk pergi ke JKN Kedah. Perjalanan cuma beberapa minit minit je. Maklum la, Kedah je bukan KL. Sampai-sampai je kat sana, tunjuk surat, isi borang.Siap.. Pegawai tu pun bagi la surat kepada Pengarah HSB. JKN Kedah.Tak susah pun nak cari Lepas tu drive la ke HSB. Pergi je kat HR, diorang bagi borang. Isi la borang yang tebal tu. HRMIS, pas keselamatan,gaji dan lain-lain. Ada satu borang tu kena tulis bidang yang diminati. Apa lagi, isi la Medical dan ED. Mati aku kalau dapat surgical,OnG dan benda yang aku tak minat langsung. Teruja tengok helikopter walaupun kat HKL pun ada Nama pun dipanggil untuk jumpa timbalan pengarah hospital. Mes...

Hafiy 1y10m

Dah besar anak aku sorang ni. Aku pun tak sangka laju je dia membesar. Betul la orang cakap, pejam celik pejam celik anak dah masuk Universiti 😂 Simpan gamba Hafiy dalam blog untuk koleksi Pelahap birthday kek nenek Besar kan baju dia 😅 Pantang dapat benda yang boleh conteng-conteng Latest gambar 25/3/2019 Since sekarang anak aku kat KL dan aku pulak di Kedah. Memang gamba hafiy & dila je la jadi pengubat rindu. Nasib zaman ni dah wujud videocall.Boleh jugak la borak.

Berpindah ke kampung Loqstaq!!

Hari ni sudah masuk hari ke 2 ak berada di Alor Setar atau dalam loghat kedahnya Loqstaq!! Kena ada tanda seru sebab memang orang sini cakap kuat sikit.haha So far aku seronok jugak kat sini. Jem tu memang takde.Tapi sebab dah biasa suasana KL, jadinya akward la sikit. Malam-malam dah gelap.Nasib baik cuti sekolah,meriah sikit kawasan ni. Aku bertolak 24/3/2019 (Ahad). Ini lah kali pertama aku drive jauh soramg-sorang. 450km beb. Sebelum ni at least ada la wife teman, boleh jadi tukang suap super ring. Tapi kali ni memang lone ranger. Sampai-sampai kedah dalam pukul 4pm, ronda-ronda dulu tempat kerja baru. Hospital Sultanah Bahiyah. Impressed la jugak sebab sebelum ni duduk di HKL.haikk😂. Sudah je jalan-jalan terus balik hotel ASRC. Dah booking 2 minggu lepas. Dapat la rate 50hengget sehari. Jimat. Tapi jangan la expect hotel 5 star pulak. Landing punggung 1 jam, terus keluar jumpa owner bilik sewa. Aku panggil dia Uncle Ooi. Uncle ni baik sangat. Nampak gaya humble dia wa...

My Second Wife is BEZZA

17 Feb 2019 Pada hari itu la, buat pertama kali aku membeli kereta. Kereta yang bagi aku berbaloi untuk aku beli. Cuma bagi geng-geng doktor lain akan berkata "Bezza je pun".huhu Asalnya aku cadang hanya nak survey sahaja pada setiap kedai. Dari area Batu Caves sampai ke Selayang. Kereta Bezza yang available ada seketul je. Of course la dekat kedai kereta terpakai. "Dah la Bezza, second hand pulak tu" Kenapa aku cakap berbaloi? Ini hanya pandangan peribadi sahaja. Aku hanya seorang doktor, bukan racer dan bukan juga mekanik. 1. Dalam geran kereta bertulis Dec 2017. Jadinya usia kereta tu baru sahaja berumur 1 tahun ~2bulan. Takdelah tua sangat kalau nak dibandingkan dengan rupa kereta tu masih berkilat lagi. Cun melecun tau. Dalam pun ada plastik yang belum bukak. 2. Milleage kereta baru sahaja ~11000km. Owner kereta ni buat kereta macam hiasan agaknya. Nak bawak jalan pun segan. Tapi based on towkey kedai, owner tak guna kereta ni sebab a...

What's Next?

Dah berkurun kerja, baru terasa nak menulis balik dalam blog ni. Bukannya tengah bersemangat, tapi sekadar mahu mencuba bakat je. Alhamdullah akhirnya aku dah habis Houseman setelah bertungkus lumus (bajet je) selama 2 tahun 4 bulan.Kenapa ada extra 4 bulan? 1 bulan memang aku kena extend sewaktu first posting, Remaining 3 bulan adalah disebabkan aku sendiri malas nak keluar daripada setiap posting tu. Nak bercuti lebih la katakan. Ke mana hala tuju aku selepas ni? InsyaAllah akan ke Kedah Dimana Kedah tu? Asalnya aku akan ditempatkan di langkawi. Tapi selepas pujuk rayu akhirnya aku dapat menukar penempatan ke HSB Alor Setar Jasinya 25/3/2019 adalah tarikh keramat aku untuk jejak ke hospital baru. Excited? Of course la ya dan tidak Ya disebabkan aku akan menghadapi cabaran baru. Dahulunya berkhidmat sebagai HO sahaja. Insan yang tidak mempunyai tanggungjawab. Bukanlah decision maker. Apabila MO nanti semua tanggungjawab akan diletakkan di atas bahu aku. Of course l...