Skip to main content

Aku dan Rumah Pertama - 2


Seperti yang dijanjikan, aku nak kongsikan step yang aku buat untuk dapatkan rumah pertama aku ni.

Jika anda tidak baca post yang pertama
Klik --> Aku dan Rumah Pertama 1

Sekarang dah bulan 8, waktu aku start nak beli rumah tu bulan 2.Maksudnya aku baru 4 bulan kerja di HKL. Fresh grad la katakan, tapi biasanya mesti bank tak terima loan orang yang baru mula kerja ni.
Bank Negara Malaysia
**kepada orang yang tak kenal**
(Gambar Google)

So apa aku buat?
First sekali aku sebenarnya dah plan awal. Sejak bulan pertama kerja aku dah mula apply credit card.Kenapa aku apply, sedangkan orang lain cakap yang CC ni boleh buat kita berhutang.Interest 10% sebulan.Pergh. #nerakawang.CC ni agenda yahudi, penyebab kebanyakan anak muda bangkrap.

Memang la, apa yang orang sebut tu betul. Tapi hanya terkena pada orang yang tak pandai urus.Aku pakai kad tu limited tau. Guna time nak isi minyak je,cashback pun dapat.Selain tu, disebabkan kampung aku kat ipoh, ada jugak aku guna untuk beli tiket ETS.

Peringatan : Setiap kali guna kad kredit, balik rumah terus bayar.Displinkan diri korang, jangan bertangguh bab duit ni.Start je korang delay2, time tu la interest datang tanpa diundang. #nerakawang.

Korang dah buat kredit kad?
Selesai je part CC, 2,3 bulan kemudian pergi lah Bank Negara dan print rekod CCRIS
CCRIS report.Berbanggalah bilamana
ada angka 0 0 0 0
CCRIS ni sebagai bukti yang korang selalu buat payment on time pada segala hutang yang korang ada.Tak kira lah kredit kad,kereta atau ptptn.Pastikan semua 0, kalau ada tertulis 1 maknanya korang dah lewat bayar sebulan. 2 pulak 2 bulan and so on.Jangan biarkan nombor kat situ dah ada rupa nombor telefon korang.

Rekod 0 for 2,3 month dah settle.
Naik ke gear 2, korang boleh start cari rumah pertama.Tapi pastikan duit deposit ada la.No money no talk 😅 ,nak guna teknik zero deposit boleh belajar sendiri dengan otai2 lain.
Kiosk untuk semak CCRIS
Tak sampai 5min dah boleh print
(gambar google)

Satu tips lagi, khas untuk kerja gomen.
Bank yang aku apply, AffinBank.Dia ada cakap kat aku yang pekerja gomen senang je nak apply home financing.Eventhough baru je start kerja. Aku pun time tu
"Akak tak bagitahu awal2, penat je saya tunggu 3 bulan nak beli rumah"

Cukup part CCRIS, taknak cerita panjang lebar lagi.Bukan korang faham pun 😂 Berlagak pulak.haha

Post lepas --> Aku dan Rumah Pertama 1

Comments

Popular posts from this blog

Workload SCN / KK8 / PNW di HKL

Gambar dari google Genap 4 hari aku bekerja di SCN / Neonatal semasa posting peads ni.Walaupun NRP (neonatal rescusitation program) belum aku pergi sebab dijadualkan minggu hadapan, aku masih pergi juga attend baby di OT.Of course la sebagai assistant je.Ilmu takde, nanti mati anak orang. Cumanya yang pasti, setiap kali aku attend operation (EMLSCS) mesti kena call MO sebab baby limp , spo2 tak pickup , low Apgar score. Takde pulak yang nak keluar terus menangis.haha Selain sambut baby dekat OT, labour room pun kena pergi.Tapi yang ni aku tak sempat. Cuma asses baby yang dah lahir je.HO la yang buat decision antara baby ni hantar kepada ibu terus atau perlu pamtauan Peads dulu.Kalau complex case mesti la kena consult MO dulu. Satu lagi kami perlu jaga KK8 iaitu neonatal ward.Mostly baby kat sini admit sebab neonatal jaundice je.Nak cakap HKL ni busy sampai baby kena letak kat belakang nurse sebab tak cukup katil.Ada yang mak kena duduk kat kerusi je sebab takde katil. (B...

2 kerja dalam 1 masa

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang berdedikasi , aku ingin menyahut cabaran menteri dengan membuat 2,3 kerja dalam 1 masa. Perlu ke kerja banyak2? Struggle gitu bagai. Mesti la kena, lagi2 yang baru umur 20an, badan sihat walafiat. Sekarang ni zaman gawat, rakyat marhaen yang berpendapatan rendah dan sederhana mesti merasa. Plan untuk mulakan balik jual-beli rumah atau dipanggil REN secara part time. Before this dah buat kerja ni seblum jadi HO.Tak salah kan untuk buat balik & dapat side income sikit 😏 Harap dapat bekerja dengan baik. Nak sara anak bini dah sekarang.Bukan bujang senang lagi. Adios

14 Penyakit Common Bayi Baru Lahir

Pejam celik , pejam celik Dah hampir 5 minggu aku kerja di posting neonate (bayi baru lahir - sebulan). Banyak penyakit yang aku baru discover.Ye lah, time student dulu tak berapa rajin sangat nak pergi jenguk2 baby dekat hospital. So hari ni aku nak kongsi sikit la beberapa common case yang aku jumpa. Abnormal tapi normal.Macam mana tu? Maksudnya penyakit tu abnormal, tapi common yang lama kelamaan akan resolve @ perlukan few intervention. Yang aku kongsi ni maybe ciput je, sebab baru sebulan kan, bukan 20-30 tahun kerja. 😆 1)Neonatal Jaundice (bayi kuning) Kebiasaan baby akan jaundice lepas 24jam lahir. Kalau within 24jam, tu pathological.So bahaya sikit. 2)Macrosomic baby (>4.5kg) Biasa kita akan panggil ni baby bam bam Mostly mak2 diabetis yang lahirkan baby ni 3)Erythema toxicum Setiap bahagian tubuh badan akan ada merah2. Akan resolve spontaneously 4)Positional CTEV Kaki bengkok sewaktu lahir (boleh adjust) Mak2 cuma perlu sentiasa u...