17 Feb 2019
Pada hari itu la, buat pertama kali aku membeli kereta.
Kereta yang bagi aku berbaloi untuk aku beli. Cuma bagi geng-geng
doktor lain akan berkata "Bezza je pun".huhu
Asalnya aku cadang hanya nak survey sahaja pada setiap kedai.
Dari area Batu Caves sampai ke Selayang. Kereta Bezza yang available
ada seketul je. Of course la dekat kedai kereta terpakai.
"Dah la Bezza, second hand pulak tu"
Kenapa aku cakap berbaloi?
Ini hanya pandangan peribadi sahaja.
Aku hanya seorang doktor, bukan racer dan bukan juga mekanik.
1. Dalam geran kereta bertulis Dec 2017. Jadinya usia kereta tu baru
sahaja berumur 1 tahun ~2bulan. Takdelah tua sangat kalau nak dibandingkan
dengan rupa kereta tu masih berkilat lagi. Cun melecun tau.
Dalam pun ada plastik yang belum bukak.
2. Milleage kereta baru sahaja ~11000km. Owner kereta ni buat kereta macam
hiasan agaknya. Nak bawak jalan pun segan. Tapi based on towkey kedai,
owner tak guna kereta ni sebab ada kereta lain dan nak jual Bezza sebab
nak beli Perodua Aruz. Amboi kemain.
3. Sport Rim mengancam. Warna hitam berkilat. Kalau aku beli kereta baru
jangan harap la aku nak cantikkan sport rim. Tapi since dah ada, aku
pun free-free la dapat bergaya.
4. Kereta masih dalam tempoh warranty 5 tahun. So kalau ada enjin rosak,
aircond problem dan lain-lain, maka selamatlah aku. Maybe diorang boleh
tukar secara percuma. Takdelah risau bila beli kereta second ni boleh cepat rosak.
Harga kereta RM 35800
Harga OTR RM 38000+
Deposit RM 4000
Loan Maybank
Interest 4.7%
Duration 7 tahun
Bulanan 510
Harga asal untuk first hand car ~RM 45000.
Jimat la jugak banding nak beli kereta first hand tu.
So terpulang pada korang jugak la nak beli first ke second ke third hand
Yang penting jangan menyesal di kemudian hari.7 tahun bayar bulan- bulan tu.
Bukannya sekejap.


Thank you for the great post! I love your articles! I'm a car fanatic and coffee lover. I am used to using coffee capsule, I make my own coffee capsules with a k cup & nespresso coffee capsule filling sealing machine. But I am finding new ways to enjoy coffee recently
ReplyDelete