Skip to main content

Berpindah ke kampung Loqstaq!!

Hari ni sudah masuk hari ke 2 ak berada di Alor Setar atau dalam loghat kedahnya Loqstaq!! Kena ada tanda seru sebab memang orang sini cakap kuat sikit.haha



So far aku seronok jugak kat sini. Jem tu memang takde.Tapi sebab dah biasa suasana KL, jadinya akward la sikit. Malam-malam dah gelap.Nasib baik cuti sekolah,meriah sikit kawasan ni.

Aku bertolak 24/3/2019 (Ahad). Ini lah kali pertama aku drive jauh soramg-sorang. 450km beb. Sebelum ni at least ada la wife teman, boleh jadi tukang suap super ring. Tapi kali ni memang lone ranger.

Sampai-sampai kedah dalam pukul 4pm, ronda-ronda dulu tempat kerja baru. Hospital Sultanah Bahiyah. Impressed la jugak sebab sebelum ni duduk di HKL.haikk😂. Sudah je jalan-jalan terus balik hotel ASRC. Dah booking 2 minggu lepas. Dapat la rate 50hengget sehari. Jimat. Tapi jangan la expect hotel 5 star pulak.

Landing punggung 1 jam, terus keluar jumpa owner bilik sewa. Aku panggil dia Uncle Ooi. Uncle ni baik sangat. Nampak gaya humble dia walaupun rumah dia besar gedabak plus bilik yang aku sewa ni pun besar. Dia punya rumah buat style hotel. Setiap bilik ada 1 bilik air. So ok la untuk aku yang introvert ni. Sewa pun 350 sebulan. Nice la kalau nak banding dengan bilik sewa lain dalam iklan. Rasa geli nak duduk 🤤.hehe

Cukup la story aku hari ahad. Apa yang aku buat hari ni kat HSB hari ni lepas ni pulak la ya.

Comments

Popular posts from this blog

Workload SCN / KK8 / PNW di HKL

Gambar dari google Genap 4 hari aku bekerja di SCN / Neonatal semasa posting peads ni.Walaupun NRP (neonatal rescusitation program) belum aku pergi sebab dijadualkan minggu hadapan, aku masih pergi juga attend baby di OT.Of course la sebagai assistant je.Ilmu takde, nanti mati anak orang. Cumanya yang pasti, setiap kali aku attend operation (EMLSCS) mesti kena call MO sebab baby limp , spo2 tak pickup , low Apgar score. Takde pulak yang nak keluar terus menangis.haha Selain sambut baby dekat OT, labour room pun kena pergi.Tapi yang ni aku tak sempat. Cuma asses baby yang dah lahir je.HO la yang buat decision antara baby ni hantar kepada ibu terus atau perlu pamtauan Peads dulu.Kalau complex case mesti la kena consult MO dulu. Satu lagi kami perlu jaga KK8 iaitu neonatal ward.Mostly baby kat sini admit sebab neonatal jaundice je.Nak cakap HKL ni busy sampai baby kena letak kat belakang nurse sebab tak cukup katil.Ada yang mak kena duduk kat kerusi je sebab takde katil. (B...

2 kerja dalam 1 masa

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang berdedikasi , aku ingin menyahut cabaran menteri dengan membuat 2,3 kerja dalam 1 masa. Perlu ke kerja banyak2? Struggle gitu bagai. Mesti la kena, lagi2 yang baru umur 20an, badan sihat walafiat. Sekarang ni zaman gawat, rakyat marhaen yang berpendapatan rendah dan sederhana mesti merasa. Plan untuk mulakan balik jual-beli rumah atau dipanggil REN secara part time. Before this dah buat kerja ni seblum jadi HO.Tak salah kan untuk buat balik & dapat side income sikit 😏 Harap dapat bekerja dengan baik. Nak sara anak bini dah sekarang.Bukan bujang senang lagi. Adios

14 Penyakit Common Bayi Baru Lahir

Pejam celik , pejam celik Dah hampir 5 minggu aku kerja di posting neonate (bayi baru lahir - sebulan). Banyak penyakit yang aku baru discover.Ye lah, time student dulu tak berapa rajin sangat nak pergi jenguk2 baby dekat hospital. So hari ni aku nak kongsi sikit la beberapa common case yang aku jumpa. Abnormal tapi normal.Macam mana tu? Maksudnya penyakit tu abnormal, tapi common yang lama kelamaan akan resolve @ perlukan few intervention. Yang aku kongsi ni maybe ciput je, sebab baru sebulan kan, bukan 20-30 tahun kerja. 😆 1)Neonatal Jaundice (bayi kuning) Kebiasaan baby akan jaundice lepas 24jam lahir. Kalau within 24jam, tu pathological.So bahaya sikit. 2)Macrosomic baby (>4.5kg) Biasa kita akan panggil ni baby bam bam Mostly mak2 diabetis yang lahirkan baby ni 3)Erythema toxicum Setiap bahagian tubuh badan akan ada merah2. Akan resolve spontaneously 4)Positional CTEV Kaki bengkok sewaktu lahir (boleh adjust) Mak2 cuma perlu sentiasa u...