Skip to main content

Apa yang best di Kedah

Dah genap 3 minggu aku menetap di Alor Setar ni. Best tak tinggal di tempat baru?
Memandangkan kita kena jujur dengan diri sendiri, jadi aku pun akan bagi review yang betul la 😆



So far part aku paling suka kat sini ialah kos.
Segala jenis kos tak kira barang,makanan dan lain-lain. Mana taknya cafe HKL dulu selalu habis rm7-rm8 untuk makan tengahhari sekali dengan air. Cafe HSB pulak aku selalu keluarkan duit dalam rm3-rm4 untuk makan tengahhari aku. Portion sama, harga je yang berlainan.Bukan dekat cafe je sebenarnya, kedai-kedai makan kat luar pun sama. Harga murah sikit je dar KL. Beza sikit je. Part ni no comment.hehe

Selain tu, bab minyak kereta pulak. Sebelum ni rm50 seminggu waktu berada di KL. Ulang alik pergi kerja dan pergi kedai,banyak tu la biasa habis. Kat Kedah pulak rm50 boleh pakai 2 minggu 😎. Bonus : pergi HSB mana ada tol. Jadinya aku jimat la rm100 sebulan untuk pergi kerja sebelum ni. Ohh lupa 1 lagi bonus, perjalanan dari rumah aku ke tempat kerja cuma 5km je. Aku keluar rumah pukul 7, sampai pukul 7.10. Ni semua sebab traffic light yang buat jadi lama. Kalau tak 5min dah sampai hospital.

Last part yang best bila dah sampai hari Khamis. Semua penjawat awam dapat balik pukul 3.30ptg banding dengan hari biasa pukul 5.00ptg. Sebab apa? Bagi menggantikan 1jam setengah yang orang KL rehat waktu solat jumaat tu la. Baru adil. Orang sana rehat, orang sini boleh balik awal. Setiap hari aku selalu balik lambat.Tengok bos duduk kat ward lagi,takkan aku nak lari kan. Tapi hari khamis je aku nak chow awal. Kalau bukan sebab nak balik KL, aku lari sebab nak rehat kat rumah. Me time la kononnya.huhu

Nasi Lemak Kedah Royale

Environment di Kedah ni boleh kata aman dan menyenangkan la. Ye la, Kedah darul Aman kan. Hidup kat sini tak serabut. Tak berkejar-kejar nak settlekan apa-apa urusan. Semua steady je.

Ada rasa nak menetap kat Kedah?
Jawapan tu aku tak boleh nak jawab sekarang. Maybe akan datang. Biar keadaan semasa yang menentukan.

Comments

Popular posts from this blog

Workload SCN / KK8 / PNW di HKL

Gambar dari google Genap 4 hari aku bekerja di SCN / Neonatal semasa posting peads ni.Walaupun NRP (neonatal rescusitation program) belum aku pergi sebab dijadualkan minggu hadapan, aku masih pergi juga attend baby di OT.Of course la sebagai assistant je.Ilmu takde, nanti mati anak orang. Cumanya yang pasti, setiap kali aku attend operation (EMLSCS) mesti kena call MO sebab baby limp , spo2 tak pickup , low Apgar score. Takde pulak yang nak keluar terus menangis.haha Selain sambut baby dekat OT, labour room pun kena pergi.Tapi yang ni aku tak sempat. Cuma asses baby yang dah lahir je.HO la yang buat decision antara baby ni hantar kepada ibu terus atau perlu pamtauan Peads dulu.Kalau complex case mesti la kena consult MO dulu. Satu lagi kami perlu jaga KK8 iaitu neonatal ward.Mostly baby kat sini admit sebab neonatal jaundice je.Nak cakap HKL ni busy sampai baby kena letak kat belakang nurse sebab tak cukup katil.Ada yang mak kena duduk kat kerusi je sebab takde katil. (B...

2 kerja dalam 1 masa

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang berdedikasi , aku ingin menyahut cabaran menteri dengan membuat 2,3 kerja dalam 1 masa. Perlu ke kerja banyak2? Struggle gitu bagai. Mesti la kena, lagi2 yang baru umur 20an, badan sihat walafiat. Sekarang ni zaman gawat, rakyat marhaen yang berpendapatan rendah dan sederhana mesti merasa. Plan untuk mulakan balik jual-beli rumah atau dipanggil REN secara part time. Before this dah buat kerja ni seblum jadi HO.Tak salah kan untuk buat balik & dapat side income sikit 😏 Harap dapat bekerja dengan baik. Nak sara anak bini dah sekarang.Bukan bujang senang lagi. Adios

14 Penyakit Common Bayi Baru Lahir

Pejam celik , pejam celik Dah hampir 5 minggu aku kerja di posting neonate (bayi baru lahir - sebulan). Banyak penyakit yang aku baru discover.Ye lah, time student dulu tak berapa rajin sangat nak pergi jenguk2 baby dekat hospital. So hari ni aku nak kongsi sikit la beberapa common case yang aku jumpa. Abnormal tapi normal.Macam mana tu? Maksudnya penyakit tu abnormal, tapi common yang lama kelamaan akan resolve @ perlukan few intervention. Yang aku kongsi ni maybe ciput je, sebab baru sebulan kan, bukan 20-30 tahun kerja. 😆 1)Neonatal Jaundice (bayi kuning) Kebiasaan baby akan jaundice lepas 24jam lahir. Kalau within 24jam, tu pathological.So bahaya sikit. 2)Macrosomic baby (>4.5kg) Biasa kita akan panggil ni baby bam bam Mostly mak2 diabetis yang lahirkan baby ni 3)Erythema toxicum Setiap bahagian tubuh badan akan ada merah2. Akan resolve spontaneously 4)Positional CTEV Kaki bengkok sewaktu lahir (boleh adjust) Mak2 cuma perlu sentiasa u...