![]() |
| Gambar dari google |
Genap 4 hari aku bekerja di SCN / Neonatal
semasa posting peads ni.Walaupun NRP (neonatal rescusitation program) belum aku pergi sebab dijadualkan minggu hadapan, aku masih pergi juga attend baby di OT.Of course la sebagai assistant je.Ilmu takde, nanti mati anak orang.
Cumanya yang pasti, setiap kali aku attend operation (EMLSCS) mesti kena call MO sebab baby limp , spo2 tak pickup , low Apgar score.
Takde pulak yang nak keluar terus menangis.haha
Selain sambut baby dekat OT, labour room pun kena pergi.Tapi yang ni aku tak sempat. Cuma asses baby yang dah lahir je.HO la yang buat decision antara baby ni hantar kepada ibu terus atau perlu pamtauan Peads dulu.Kalau complex case mesti la kena consult MO dulu.
Satu lagi kami perlu jaga KK8 iaitu neonatal ward.Mostly baby kat sini admit sebab neonatal jaundice je.Nak cakap HKL ni busy sampai baby kena letak kat belakang nurse sebab tak cukup katil.Ada yang mak kena duduk kat kerusi je sebab takde katil.
(Biasanya ada katil mak dengan baby court)
Target kita senang je, asalkan TSB (total serum bilirubin) lagi kurang dari photolevel kita bagi je balik dan repeat TSB dekat KK.
Yang kesiannya baby la, hari2 kena ambil darah tau. Hafiy kena cucuk sikit pun mama dia dah nangis.
Satu lagi yang best ialah post natal ward round.Agak2 baby ada berapa dekat satu bangunan HKL? Ha semua baby tu lah kitorang kena review pagi2. Tapi tak semua la, yang baby dh sihat walafiat kita dah discharge peads siap2.huhu
Tu je tugas kami kalau duduk bahagian neonatal.Lagi busy berbanding general ward, tapi menarik.Sampai balik rumah je mesti mengantuk.Tak pernah2 aku tido awal sebelum ni.
Welcome to Peads

Comments
Post a Comment