Skip to main content

Habis dah cuti

Tanggal Tiga Puluh Satu
Bulan Tujuh , Dua 0 Tujuh Belas.
-Negaraku versi spoiler-

1/7/17
Hari ni hari pertama aku masuk kerja lepas cuti beberapa hari.
Sakan beraya, tapi waktu hari raya aku kerja tau.6.30pm aku sampai dekat depan Institut Pediatrik , walaupun kena masuk kerja pukul 7.00pm. Terlebih rajin kan aku ni.Bagus tak? 😏



Masuk je ward , akan ada sesi pass over daripada HO pagi. Since hari ni KK2 ward aktif , so semua patient yang tak stable akan ditempatkan ke ward KK2. Manakala patient yang ‘sihat’ @ kita panggil yang tak berapa sakit , aku akan screen diorang dulu dan dalam plan akan tulis “Allowed T/o”. Memang ayat kegemaran la kalau jadi ward aktif. Transfer out ke mana?
KK1 dan KK6 je, dua2 ward ni masih didalam bangunan yang sama.

Salah satu perkara yang aku sampai sekarang tak minat dekat Peads adalah pasang branula. Bukan nak cakap aku ni memang noob, tapi asyik fail je.Kira noob la ni ea? Haha
Sebelum ni waktu posting Internal Medicine dapat gelaran pro branula sampai semua HO mintak tolong aku pasang.Yang ni memang boleh bangga diri sebab memang pro pun.huhu.Tapi bila masuk peads je, barai.
Skill lama semua tak boleh pakai.

Nasihat kepada first poster, tak perlu la masuk peads dulu. Mula dengan Internal Medicine sebab dekat sana memang dapat belajar banyak dan boleh guna pada posting2 yang lain. Confirm.
Nak dengar kisah patient ke?
Kekgi lah.Kena jaga aib pesakit :P

Comments

Popular posts from this blog

Workload SCN / KK8 / PNW di HKL

Gambar dari google Genap 4 hari aku bekerja di SCN / Neonatal semasa posting peads ni.Walaupun NRP (neonatal rescusitation program) belum aku pergi sebab dijadualkan minggu hadapan, aku masih pergi juga attend baby di OT.Of course la sebagai assistant je.Ilmu takde, nanti mati anak orang. Cumanya yang pasti, setiap kali aku attend operation (EMLSCS) mesti kena call MO sebab baby limp , spo2 tak pickup , low Apgar score. Takde pulak yang nak keluar terus menangis.haha Selain sambut baby dekat OT, labour room pun kena pergi.Tapi yang ni aku tak sempat. Cuma asses baby yang dah lahir je.HO la yang buat decision antara baby ni hantar kepada ibu terus atau perlu pamtauan Peads dulu.Kalau complex case mesti la kena consult MO dulu. Satu lagi kami perlu jaga KK8 iaitu neonatal ward.Mostly baby kat sini admit sebab neonatal jaundice je.Nak cakap HKL ni busy sampai baby kena letak kat belakang nurse sebab tak cukup katil.Ada yang mak kena duduk kat kerusi je sebab takde katil. (B...

2 kerja dalam 1 masa

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang berdedikasi , aku ingin menyahut cabaran menteri dengan membuat 2,3 kerja dalam 1 masa. Perlu ke kerja banyak2? Struggle gitu bagai. Mesti la kena, lagi2 yang baru umur 20an, badan sihat walafiat. Sekarang ni zaman gawat, rakyat marhaen yang berpendapatan rendah dan sederhana mesti merasa. Plan untuk mulakan balik jual-beli rumah atau dipanggil REN secara part time. Before this dah buat kerja ni seblum jadi HO.Tak salah kan untuk buat balik & dapat side income sikit 😏 Harap dapat bekerja dengan baik. Nak sara anak bini dah sekarang.Bukan bujang senang lagi. Adios

14 Penyakit Common Bayi Baru Lahir

Pejam celik , pejam celik Dah hampir 5 minggu aku kerja di posting neonate (bayi baru lahir - sebulan). Banyak penyakit yang aku baru discover.Ye lah, time student dulu tak berapa rajin sangat nak pergi jenguk2 baby dekat hospital. So hari ni aku nak kongsi sikit la beberapa common case yang aku jumpa. Abnormal tapi normal.Macam mana tu? Maksudnya penyakit tu abnormal, tapi common yang lama kelamaan akan resolve @ perlukan few intervention. Yang aku kongsi ni maybe ciput je, sebab baru sebulan kan, bukan 20-30 tahun kerja. 😆 1)Neonatal Jaundice (bayi kuning) Kebiasaan baby akan jaundice lepas 24jam lahir. Kalau within 24jam, tu pathological.So bahaya sikit. 2)Macrosomic baby (>4.5kg) Biasa kita akan panggil ni baby bam bam Mostly mak2 diabetis yang lahirkan baby ni 3)Erythema toxicum Setiap bahagian tubuh badan akan ada merah2. Akan resolve spontaneously 4)Positional CTEV Kaki bengkok sewaktu lahir (boleh adjust) Mak2 cuma perlu sentiasa u...