Skip to main content

Simpanan Si Anak Kecil


Abang-abang , akak-akak
Post pendek ni khas kepada orang yang sudah melahirkan anak atau yang sudah kahwin dan plan untuk mendapat cahaya mata.

Thank you papa, Hafiy dah kaya

Simple je, tanya diri sendiri,
kita ada masalah kewangan tak?
TIADA, biarlah anak kita ni pun tiada jugak pada masa akan datang.
YA, jangan biar anak kita merasa seperti apa yang kita hadapi sekarang.

Apa yang aku cadangkan ni mudah sahaja.
Sebaik sahaja anak lahir dan surat beranak pun dah siap, terus buka 2 akaun ni.
Tabung Haji dan SSPNi

Kedua-duanya sebagai tabung simpanan sehingga dia dah pandai berdikari dan juga sebagai tabung pendidikan.
Kau nak anak kau ambil student loan?
Kalau nak, biar la dia ambil loan ptptn nanti.
Sebenarnya tak salah pun ambil student loan sebab aku sendiri pun ambil. Alhamdulillah dapat support aku belajar di Mesir selama 6 tahun.

Aku rasa semua dah tahu kelebihan menyimpan di Tabung Haji. Antaranya ialah dividen tahunan anggaran 4% setahun dan juga berpeluang menunaikan haji jika simpanan dalam akaun korang lebih dari RM1000.
*Aku daftar Haji lambat, umur 100 tahun baru sampai giliran.Tapi ni bukan satu2 nya jalan nak tunaikan ibadat haji tau.*

Selebihnya korang boleh baca di link ini
Sebab digalakkan simpan di Tabung Haji

Bagaimana dengan SSPNi pula?

Setiap manfaat SSPNi
 Selebihnya korang boleh baca pada brochur

Brochur aku kutip di Kaunter PTPTN Giant

Selain dapat menyimpan duit anak, ada jugak dia bagi pakej takaful.Yang ni aku taknak comment sebab aku fokus pada simpanan masa hadapan Hafiy je.

Baiklah, pendek ni je aku nak ceritakan.
Selebihnya korang sendiri ikhtiar ya.Duit raya anak make sure korang simpan untuk dia, jangan mak ayah boros pulak.Yang beli rokok guna duit anak memang kena ketuk dah.

Kalau ada apa2 cadangan lain, harap korang boleh kongsikan dalam ruangan comment.
Teringin jugak aku nak tahu, maklumlah nak yang terbaik untuk anak kesayangan.

Thanx :)

*Khas untuk kawan2 yang baca post ni sampai habis.Aku nak galakkan korang belajar ilmu kewangan supaya nanti senang nak rancang duit sewaktu kerja ni.korang klik link di bawah, then decide.
Berbaloi atau tidak untuk diri korang.
7 jenis E-book dengan hanya RM30

Comments

Popular posts from this blog

Workload SCN / KK8 / PNW di HKL

Gambar dari google Genap 4 hari aku bekerja di SCN / Neonatal semasa posting peads ni.Walaupun NRP (neonatal rescusitation program) belum aku pergi sebab dijadualkan minggu hadapan, aku masih pergi juga attend baby di OT.Of course la sebagai assistant je.Ilmu takde, nanti mati anak orang. Cumanya yang pasti, setiap kali aku attend operation (EMLSCS) mesti kena call MO sebab baby limp , spo2 tak pickup , low Apgar score. Takde pulak yang nak keluar terus menangis.haha Selain sambut baby dekat OT, labour room pun kena pergi.Tapi yang ni aku tak sempat. Cuma asses baby yang dah lahir je.HO la yang buat decision antara baby ni hantar kepada ibu terus atau perlu pamtauan Peads dulu.Kalau complex case mesti la kena consult MO dulu. Satu lagi kami perlu jaga KK8 iaitu neonatal ward.Mostly baby kat sini admit sebab neonatal jaundice je.Nak cakap HKL ni busy sampai baby kena letak kat belakang nurse sebab tak cukup katil.Ada yang mak kena duduk kat kerusi je sebab takde katil. (B...

2 kerja dalam 1 masa

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang berdedikasi , aku ingin menyahut cabaran menteri dengan membuat 2,3 kerja dalam 1 masa. Perlu ke kerja banyak2? Struggle gitu bagai. Mesti la kena, lagi2 yang baru umur 20an, badan sihat walafiat. Sekarang ni zaman gawat, rakyat marhaen yang berpendapatan rendah dan sederhana mesti merasa. Plan untuk mulakan balik jual-beli rumah atau dipanggil REN secara part time. Before this dah buat kerja ni seblum jadi HO.Tak salah kan untuk buat balik & dapat side income sikit 😏 Harap dapat bekerja dengan baik. Nak sara anak bini dah sekarang.Bukan bujang senang lagi. Adios

14 Penyakit Common Bayi Baru Lahir

Pejam celik , pejam celik Dah hampir 5 minggu aku kerja di posting neonate (bayi baru lahir - sebulan). Banyak penyakit yang aku baru discover.Ye lah, time student dulu tak berapa rajin sangat nak pergi jenguk2 baby dekat hospital. So hari ni aku nak kongsi sikit la beberapa common case yang aku jumpa. Abnormal tapi normal.Macam mana tu? Maksudnya penyakit tu abnormal, tapi common yang lama kelamaan akan resolve @ perlukan few intervention. Yang aku kongsi ni maybe ciput je, sebab baru sebulan kan, bukan 20-30 tahun kerja. 😆 1)Neonatal Jaundice (bayi kuning) Kebiasaan baby akan jaundice lepas 24jam lahir. Kalau within 24jam, tu pathological.So bahaya sikit. 2)Macrosomic baby (>4.5kg) Biasa kita akan panggil ni baby bam bam Mostly mak2 diabetis yang lahirkan baby ni 3)Erythema toxicum Setiap bahagian tubuh badan akan ada merah2. Akan resolve spontaneously 4)Positional CTEV Kaki bengkok sewaktu lahir (boleh adjust) Mak2 cuma perlu sentiasa u...