Skip to main content

"Yea yea papa balik"


"Yea Yea papa balik"
Aku harap ni la ungkapan hafiy bila aku balik ipoh untuk jumpa dia  & mama dia sekali. 😂


Papa serang hafiy!!
Eh lupa nak salam bini 😅

Lepas seminggu tak jumpa, mama dia nak berpantang kat ipoh,terpaksa la aku berpisah.
Gambar2 je yang boleh mengubat rindu, cewah~!!
Ada la video call sekali, thank you whatsap dan juga internet.

Sampai je rumah,apa lagi terkam la baby sorang ni sampai terlupa nak salam isteri. Rindu kat budak gemok ni sangat.huhu
Time ni la baru perasan yang kulit muka hafiy ada bintik2 ruam/rashes. Mak cakap ruam susu je, so biar je la.Cuma sapu muka dia dengan tisu + air suam. Tapi yang masalahnya tak kurang2 rashes dia, siap bertambah nanah lagi.

Apa2 pun, budak ni still steady.
Doing normal routine sleeping & drinking

Apa lagi, bawak la pergi klinik. Aku dah la tak bawak kereta pergi ipoh, naik bas je.So takde kereta nak bawak hafiy pergi klinik. Nasib la kereta abah tak rosak, tapi.......
Terpaksa la bawak kereta yang takde aircond.haha. Tambah dengan klinik mostly tutup pulak (sebab aku pergi tengahhari)

Sampai jugak aku dekat Klinik Pakar Dr Lim.
Lepas Dr check/examine Hafiy ni (pakai kanta yang ada lampu tau.First time tengok) diagnosis nya ialah

Ruam panas
Disebabkan mama dia ada letak cream tebal2 kat muka sebelum ni, ye la nak hilangkan rash kan.Cream tu tutup sweat pore & hafiy pun susah berpeluh, so timbul la bintik2 merah tu.

Management Dr Lim
1.Fucidine cream LA BD (sapu krim 2x sehari)
Info tambahan :
-Kalau nak mandikan baby pakai apa jenis sabun pun boleh tapi only 1 times per day.
Mandi 2-3 kali takpe, sabun je 1 kali
-Guna sabun , jangan guna bubble bath

Gambar google je hadoo , recommended.
Doktor2 free tau

Dila ni kalau bercakap memang selalu guna medical term.(pore/rash/etc) Nurse perasan dan bila dah settle nak bayar bill dia tanya dila dari medical base ke.
Dila jawab la suami doktor.
'Tapi kalau aku yang cakap memang term2 kampung je keluar'
Since aku ni doktor, aku tak payah bayar consultation fee.woww!! Dia explain jugak yang every Dr yang datang mostly dari Hospital Bainun (Ipoh) tak perlu bayar pun.
Ni memang besttt.Thanks Dr Lim 😊

Papa study sebab nak exam tau.
Baik tak hafiy?

Thats all , ibu2 di rumah, take note ya.
Apa2 yang kita rasa tak kena, jumpa orang yang sepatutnya. Jangan pergi jumpa bomoh lak, nanti minyak apa entah kena sapu kat muka budak tu.haha
Mama hafiy paparazzi

11/7/17 - Aku balik semula ke KL nak laksanakan tanggungjawab sebagai Dr semula.
Banyak lagi baby kat neonate nak kena jaga.huhu.Tapi of course la hafiy yang paling ku sayang.muah😚

"I'm your boss,give me milk now!"


Comments

Popular posts from this blog

Workload SCN / KK8 / PNW di HKL

Gambar dari google Genap 4 hari aku bekerja di SCN / Neonatal semasa posting peads ni.Walaupun NRP (neonatal rescusitation program) belum aku pergi sebab dijadualkan minggu hadapan, aku masih pergi juga attend baby di OT.Of course la sebagai assistant je.Ilmu takde, nanti mati anak orang. Cumanya yang pasti, setiap kali aku attend operation (EMLSCS) mesti kena call MO sebab baby limp , spo2 tak pickup , low Apgar score. Takde pulak yang nak keluar terus menangis.haha Selain sambut baby dekat OT, labour room pun kena pergi.Tapi yang ni aku tak sempat. Cuma asses baby yang dah lahir je.HO la yang buat decision antara baby ni hantar kepada ibu terus atau perlu pamtauan Peads dulu.Kalau complex case mesti la kena consult MO dulu. Satu lagi kami perlu jaga KK8 iaitu neonatal ward.Mostly baby kat sini admit sebab neonatal jaundice je.Nak cakap HKL ni busy sampai baby kena letak kat belakang nurse sebab tak cukup katil.Ada yang mak kena duduk kat kerusi je sebab takde katil. (B...

2 kerja dalam 1 masa

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang berdedikasi , aku ingin menyahut cabaran menteri dengan membuat 2,3 kerja dalam 1 masa. Perlu ke kerja banyak2? Struggle gitu bagai. Mesti la kena, lagi2 yang baru umur 20an, badan sihat walafiat. Sekarang ni zaman gawat, rakyat marhaen yang berpendapatan rendah dan sederhana mesti merasa. Plan untuk mulakan balik jual-beli rumah atau dipanggil REN secara part time. Before this dah buat kerja ni seblum jadi HO.Tak salah kan untuk buat balik & dapat side income sikit 😏 Harap dapat bekerja dengan baik. Nak sara anak bini dah sekarang.Bukan bujang senang lagi. Adios

14 Penyakit Common Bayi Baru Lahir

Pejam celik , pejam celik Dah hampir 5 minggu aku kerja di posting neonate (bayi baru lahir - sebulan). Banyak penyakit yang aku baru discover.Ye lah, time student dulu tak berapa rajin sangat nak pergi jenguk2 baby dekat hospital. So hari ni aku nak kongsi sikit la beberapa common case yang aku jumpa. Abnormal tapi normal.Macam mana tu? Maksudnya penyakit tu abnormal, tapi common yang lama kelamaan akan resolve @ perlukan few intervention. Yang aku kongsi ni maybe ciput je, sebab baru sebulan kan, bukan 20-30 tahun kerja. 😆 1)Neonatal Jaundice (bayi kuning) Kebiasaan baby akan jaundice lepas 24jam lahir. Kalau within 24jam, tu pathological.So bahaya sikit. 2)Macrosomic baby (>4.5kg) Biasa kita akan panggil ni baby bam bam Mostly mak2 diabetis yang lahirkan baby ni 3)Erythema toxicum Setiap bahagian tubuh badan akan ada merah2. Akan resolve spontaneously 4)Positional CTEV Kaki bengkok sewaktu lahir (boleh adjust) Mak2 cuma perlu sentiasa u...